|
JustBeYourselfPart1
Sunday, February 26, 2012 | 11:27 AM | 0 comments
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرحمن الرحيم "Ramainyer orang hari nie.....hurmmm" rungut aku, dengan headphone mp3 player dicelah telinga yang tengah sarat memdendangkan lagu kumpulan Bunkface-Through My Window,dan mata aku masih lagi tak lepas memandang ramai manusia yang berpusu-pusu menaiki bas express tuu..ermm daa macam semut daa aku tengok..tapi sesekali aku perasan jelingan mata setiap manusia yang memandang aku dengan wajah yang berkerut seribu.."whatever...." hanya perkataan tuu yang mampu bergema di dalam ruangan hati aku... Bas mula mengatur perjalanan ke destinasi yang aku tuju. Tika bas mula bergerak..aku mengatur pandangan aku ke luar jendela sambil mendengar lagu dendangan Pink-So what, yang baru jew aku tukar... "huh..giler punyer gempak lagu...." aku sedar pandangan manusia terhadap diri aku..dengan seluar jean blues plus jaket hitam plus shawls kat kepala aku nie...mungkin bagi pikiran remaja zaman kini tiada yang pelik pon pada style pemakaian aku...tapi aku pasti yang menyebabkan wajah mereka berkerut seribu tuu adalah disebabkan buku tebal ilmiah islamik di atas ribaan aku...aku pasti! Sejurus bas berhenti,itu menandakan destinasi aku sudah sampai iaitu di KB MALL. Seperti selalu,ruangan di shopping komplex itu seringkali menjadi kegemaran anak-anak remaja zaman kini melihatkan gelagat dan cara mereka seringkali aku membuat aku tersenyum sendiri....bermacam gaya yang aku dapat lihat style pemakaian yang boley aku labelkan "fashionista" pada mereka tapi itu tidak bermakna aku boley melabelkan siapa diri mereka...tak gitu...? tanpa melengah masa, aku dengan pantas mengatur langkah ke hala tuju ku yang sebenar iaitu kedai POPULAR. Sepeti yang aku jangka,pastinya POPULAR tidak akan pernah lengkang dengan kunjungan manusia tanpa mengira usia baik yang muda mahupun yang tua,di saat mata aku ralit melihat manusia yang boleh dikatakan ramai ini..mata aku tertacap pada sebuah buku, lalu aku mengukir senyuman dan bergerak pantas ke arah ruangan buku tersebut..."hurmm alhamdulillah jumpe jugak buku nie...mujur ade lagi klau tak makan asap lar kau cik yana oitt..." dikala aku menguman sendirian tanpa aku sedari pakcik di sebelahku memerhati gelagat aku dengan senyumannya lantas aku membalas senyuman pak cik tersebut untuk menutupi rasa malu aku ni..."betol-betol buat malu larr kau nie yana...grrr" guman aku lagi sambil kakiku melangkah ke arah kaunter pembayaran dengan 2 keping not 50 yang sudah sedia ditangan aku... Seusai habis pembayaran aku keluar dari POPULAR dengan senyuman yang macam menang loteri pulak..hehehe sambil ditangan aku membelek buku yang baru sahaja dibeli iaitu buku ilmiah Ustaz Azhar Idrus-Anda Tanya, Ustaz Cuba Jawab. Terasa berbaloi perjalanan aku menaiki bas yang sesak tadi,senyuman terukir lagi dibibir aku...alhamdulillah rezeki aku... Bunyi hanphone yang nyaring bernyanyi lagu Indah Dewi Pertiwi-Di Atas Satu Cinta mengejutkan aku,lantas aku menekan punat hijau apabila melihat tetera nama Miera, "Assalamualaikum...." Setelah 1 minit setengah bercakap dengan miera yang bertanya khabar tentang aku akhirnya perbualan kami berakhir juga.Tak aku sangka miera menelefon aku kerana seingat aku sudah lame kami lost contect sejak dari hari last exam SPM~~~~ Terasa lenguh dikaki menyebabkan aku berhenti duduk seketika di bangku awam sambil mendengarkan headphone aku bergema dengan lagu Super Junior-Mr Simple, disaat itu juga mata aku tak lepas memandang pasangan yang bercouple, yang pada pandangan mata aku so sweet...mereka berpegang tangan,berpelukkan antara satu sama lain tapi kadang-kadang aku tak paham dengan pandangan mereka..mereka sudah sedia maklum bahawa memegang babi mahupun anjing tidak dibenarkan kerana haiwan tersebut merupakan najis bagi umat islam dan harus disamak kalau telah menyentuh....tapi aku tengok dorang dengan selamba gabak jew bersentuhan dengan couple masing-masing biarpun kalau diikutkan hukum islam lelaki plus perempuan haram bersentuhan malah tak boleh disamak pon... pelik tapi itulah kebenaran untuk dunia masa ini... Tanpa membuang masa aku terus mengorak langkah tanpa hala tuju yang sebenar sambil mata aku melihat baju-baju disetiap kedai,niat di hati sememangnya ingin membeli sepasang dua baju...namun melihatkan style baju yang agak 'kureng ' pada pandangan mata aku tuuu aku padamkan terus niat murni tuu..heheh dikala aku ralit menguman sendirian..mata aku tertacap pada satu susuk tubuh yang berjaya membuatkan mata aku membulat...namun mata aku kembali mengendur sepeti sediakala..rupenyer aku tersalah orang.. tak dapat aku nyatakan perasaan aku dikala itu, kalau betol larr "Dia" adalah susuk tubuh tadi... "Astaghafirullah'halazim..."aku terus-terusan beristighfar untuk menenangkan hati dan tanpa membuang masa aku terus menghayunkan langkah kaki aku sepantas yang mungkin bagi meninggalkan tempat yang telah berjaya membuatkan hati aku mengimbau peristiwa lalu...ya peristiwa yang mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih baik...... ~Bersambung......~ Masa tak pernah menunggu manusia... ~Bicara Hlovate~ |